Spyshot pertama motosikal Yamaha 135LC generasi terbaru telah muncul jua akhirnya. Motosikal ini telah pun dilancarkan di negara jiran Indonesia pada tahun lepas dan sememangnya dijangkakan bahawa motosikal ini pasti akan tiba juga di pasaran tempatan. Spyshot yang diperolehi ini menunjukkan model 135LC 2011 sedang dipandu uji di atas lebuh raya PLUS berhampiran RNR Rawang.
Menariknya model ini ialah ianya dilengkapi brek cakera belakang, tayar lebih lebar, rupa bentuk lebih mantap dan terbaik sudah tentunya gear 5 kelajuan. Dari info yang saya perolehi, Yamaha 135LC terbaru ini mempunyai prestasi lebih mengujakan kerana dikatakan karburator bersaiz lebih besar. Seperti di dalam gambar plat pada LC ini menunjukkan B 136 S, maka khabar angin yang mengatakan LC akan terdiri dari 150cc belum menjadi kenyataan

No comments:
Post a Comment